Bahaya! pemilihan produk skincare yang salah.

Hi, Assalamualaikum semua salam sejahtera

Bahaya! Pemilihan produk yang salah.


Fiqa nak cerita sedikit pengalaman Fiqa semasa Fiqa tersalah menggunakan produk skincare tapi sebelum itu Fiqa nak bagitahu sedikit information sebelum kita memilih produk skincare yang betul.

Mesti ramai yang rasa takut untuk mencuba produk skincare di pasaran

Sebelum memilih produk skincare yang berada di supermarket atau pun online adalah wajib untuk kita mengetahui sama ada produk skincare itu mempunyai kelulusan kkm ataupun tidak.

Selain itu,  bahan-bahan yang digunakan dalam produk skincare itu juga perlu di ambil tahu sama ada sesuai ataupun tidak dengan jenis kulit kita. Rajin-rajin la cek ye bahan yang digunakan sebelum membeli.

Sekiranya kita tersalah memilih produk skincare,  kulit kita akan mula naik jerawat dan akan lebih sensitif ke atas sesuatu produk.

Di bawah ini Fiqa ada senaraikan jenis kulit dan penerangannya sekali. Boleh tengok ye sekiranya masih tak tahu jenis kulit


Senarai Jenis Kulit 


1.   Kulit Kering (Seluruh wajah kering)
↪ Gunakan barangan berasaskan minyak
  • Kering, kadangkala sedikit berkeping
  • Liang roma sangat kecil
  • Kulit tampak nipis
  • Kulit tersangat kering
  • Tiada jerawat
  • Garis ekpresi dan kedutan yang amat dalam


2.  Kulit Kombinasi (Pipi kering sedikit berminyak di zon T)
↪  Gunakan barangan berasaskan minyak atau bebas minyak
  • Berkilau di zon T (dahi hidung & dagu) 
  • Liang roma kelihatan 
  • Terasa berminyak di kawasan dahi dan hidung
  • Kadangkala mendapat jerawat
  • Garis ekpresi dan kedutan hanya muncul dikawasan ekspresi


3.  Kulit Biasa (Zon T berminyak pipi selesa)
↪  Gunakan barangan berasaskan minyak
  • Tidak berkilau
  • Liang roma bersaiz biasa
  • Kulit tampak sejuk dan segar
  • Terasa anjal
  • Jarang mendapat jerawat
  • Hanya sedikit garis ekpresi dan kedutan


4.  Kulit Berminyak (Seluruh wajah berminyak)
↪  Gunakan barangan  bebas minyak
  • Keseluruhan wajah berkilau  
  • Liang roma besar
  • Kulit tampak sangat berminyak
  • Terasa berminyak di seluruh wajah
  • Sering mendapat jerawat
  • Tiada garis halus atau kedutan


Pengalaman tersalah memilih poduk skincare 😫

Ini pengalaman Fiqa sendiri apabila tersalah memilih produk skincare tanpa mengkaji bahan yang digunakan dalam produk itu.

Pada mulanya memang muka Fiqa ada jerawat tapi masa tu tak teruk sangat bila je dengar ada produk yang boleh hilangkan jerawat terus je Fiqa cuba tanpa rasa was-was.

Lepas je pakai seminggu produk itu terus muka Fiqa naik jerawat makin teruk masa itu rasa macam nak nangis je 😭.  Bukan setakat jerawat,  kulit muka pon makin sensitif. Sedih bila jerawat muncul keyakinan pun kurang.



Lepas itu Fiqa stop produk itu dan mula pakai ubat jerawat je ada yg beli dekat farmasi ada juga beli dekat watson. Tapi semua itu kesannya sekejap je lepas dah kecut datang lagi jerawat baru.

Ini senarai ubat jerawat yang pernah Fiqa guna



Ni T3 ni first time pakai ok lepas tu dah baik satu jerawat tumbuh lagi  Bahan2 dia agak kuat sikit bila pakai berangin bila Fiqa pakai kulit jadi mengelupas



Lepas tu tukar ni pula Dalacin T beli kat farmasi. Jenis cecair dan dekat penutup dia ada span senang nak apply tak yah guna jari.  Fiqa pakai ni takde apa2 perubahan pun satu lagi ia mengelupaskan kulit



Aiken ni jenis cecair beli dekat guardian bila pakai kulit agak kering sikit tapi ok jerawat cepat juga kecut. Yang ini pon agak kuat juga bila pakai kulit mengelupas



Lepas dah puas mencuba macam-macam jenis ubat jerawat Fiqa cuba pula produk supplement dari Sendayu Tinggi iaitu ST Clear Tablet dan juga D-Tox. Alhamdullilah dan hasilnya boleh tengok dalam gambar.



Adakah Scrub Penting?




Dtox Natural

Membantu kekalkan kandungan bakteria sihat  dan mencuci usus.

Mengandungi fiber tinggi mampu membantu menurukan kolesterol

Alfalfa membantu sistem penghadaman dan pundi kencing.

Efektif menurunkan berat badan dan membuang toksin dalam badan, meningkatkan sistem pertahanan badan.

Licorice Root berkesan menurunkan lemak dalam badan.

Digalakkan penggunaannya bagi yang mengalami masalah sembelit.




ST Clear Tablet

Tablet kunyah suplemen khas untuk merawat jerawat

Mengawal penghasilan sebum

Mengecilkan liang pori dan meredakan kemerahan atau keradangan yang disebabkan jerawat

Tablet yang dirumus khas dengan ekstrak kolagen, biji anggur, manggis, teh hijau, buah zaitun, strawberi, aloe vera dan dandelion.




Selain itu, Fiqa ada juga guna skincare dari  acne bar soap dan perl yogurt soap ini sebagai pencuci muka. Toner pakai dekat yang ada parut je.  Krim pula Fiqa pakai Acne Cream untuk pudarkan parut. Untuk kecutkan jerawat aktif Fiqa pakai Acne balm. Sekali seminggu boleh la buat scrub ye untuk buang cell kulit mati.




Ini senarai gambar skincare yang fiqa guna berserta dengan bahan-bahan yang ada dalam produk tersebut.


Pearl & Yogurt Soap

Sabun kecantikan wajah yang diperkaya dengan yogurt dan serbuk mutiara yang berkesan mencerahkan wajah serta melicinkan kulit.

Wajah kekal cerah dan halus selain membersihkan lebihan minyak tanpa mengeringkan wajah. 



Acne Bar Soap

Sabun anti jerawat ini diperkaya dengan epilobium angustifolium, aloe vera, Hydrolize Collagen dan ia tidak menyebabkan kerengsangan pada wajah.

Mengecilkan pori dan seimbangkan penghasilan sebum di wajah.

(Pencuci muka ni Fiqa pakai tukar-tukar kalau kulit kering kering sangat pakai perl yogurt)




Acne Scar Toner

Mengandungi astrigent untuk membantu mengawal minyak pada kulit.

Mengatasi masalah parut dalam dan tebal dari jerawat dan sel mati.

Memberikan tona wajah yang lebih sekata.

Mengurangkan masalah pori besar dan memberikan lembapan pada kulit




Acne Cream 

Krim jerawat dengan pelbagai bahan terbaik seperti ekstrak Pegaga, Timun, Chamomilla, daun Saponaria, daun Camellia, likuoris, lidah buaya, mulberi, rosemary, dan minyak lavender untuk merawat jerawat tersumbat, bernanah dan sensitif.

Boleh disapu pada keseluruhan wajah.

Mengurangkan minyak di wajah.

Mengecilkan pori besar.

Mengurangkan kesan berparut setelah jerawat mengecut.

Mengurangkan kemerahan.

Mengurangkan keradangan kulit.

Menggalakkan pertumbuhan semula kulit.

Menggalakkan kesan pemutihan



Acne Balm 

Balsam anti jerawat yang bertindak mengeringkan jerawat dengan cepat.

Tidak menyebabkan kawasan kulit yang disapu menjadi “burn” atau terbakar.

Ia juga mempunyai tekstur seakan concealer untuk menutup kesan jerawat pada wajah sebelum solekan.



Alhahamdullilah, selepas jerawat dan bekas jerawat mula hilang baru la ada keyakinan untuk pakai makeup.  Penggunaan produk-produk di atas makan masa 5 hingga 7 bulan juga untuk hilangkan bekas jerawat ini




Itu sahaja yang fiqa nak share dekat awak semua

Terima Kasih kerana sudi singgah di blog fiqa dan menjadi salah seorang pembaca setia sampai habis. 😉😉😉

Sudikanlah follow blog Fiqa ye 😉
Semoga berjumpa lagi. 🙂



Boleh Follow Instagram Fiqa ye

@fia.fiqa



Comments

Popular posts from this blog

Adakah Scrub Penting?

Tragedi berdarah Christchurch