Mi Bandung Simple Viral

Hujung minggu mesti ramai yang nak releks releks je dekat rumah kan
benda yang paling runsing sekali apabila waktu nak masak mesti ramai yang tak tahu nak masak apa hujung minggu ni?

Hah! jadi Fiqa ada cadangan untuk mereka di luar sana untuk masak, lelaki ke perempuan ke pon boleh cuba resepi ni sebab resepi ni simple je

Resepi ni daripada mak Fiqa sendiri simple-simple je.

Mi Bandung Simple 


Bahan-bahan Mi Bandung

6 Tangkai Lada Kering
4 Ulas Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
1 Biji Bawang Besar
(Kisar)

Ayam (Cincang)
2 Biji Telur
Kacang Tumbuk (untuk pekatkan kuah)
Lada Sulah
Air
Sayur Sawi
Daun Sup
1 Kiub Pati Ayam
Garam
Gula
Sos Cili
Mi Kuning
Minyak
Bawang goreng


*Untuk 2-4 Orang Makan


Cara-Cara Masak Kuah

1. Kisar semua bahan Lada kering, bawang merah, bawang putih dan bawang besar sehingga halus.

2. Di dalam Kuali tuangkan minyak masak secukupnya untuk tumis bahan kisar tadi. Tumis sehingga naik bau atau sehingga cili masak

*Cili kena masak sehingga pecah minyak ye kalau tak lada kering tak masak nanti boleh sakit perut.

3. Bila dah pecah minyak tu boleh la masukkan ayam tumis hingga ayam masak kemudian masukkan air mengikut kuah yang diingini.

4. Kemudian bila air dah mendidih bolehla masukkan sayur sawi tadi selepas itu letak bahan perasa yang lain garam, lada sulah, kiub pati ayam , Gula, Sos cili dan kacang tumbuk.

*Bahan perasa ikut citarasa sendiri ye.

5. Bila kuah dah sebati dengan bahan-bahan tadi boleh la masukkan telur dan tunggu sehingga telur masak

6. Mi Kuning tu boleh la celup sekejap ye.

7. Bila dah siap bolehla hidang dan  hias dengan Daun sup dan bawang goreng.

Itu Sahaja yang Fiqa Ingin kongsikan

SELAMAT MENCUBA



Comments

Popular posts from this blog

Bahaya! pemilihan produk skincare yang salah.

Adakah Scrub Penting?

Tragedi berdarah Christchurch